We ship daily except weekend. Same day shipping for order before 12 pm. Shop Now!
Cart 0

Contoh barang hantaran untuk pengantin perempuan

Saya nak share bab hantaran kahwin untuk pengantin perempuan kali ini. Masa saya kahwin, saya tak buat hantaran pun. Sebab kahwin dengan orang US, jadi buat simple-simple sahaja. Lagipun, dia migrate ke Malaysia dan tidak biasa dengan adat-adat kahwin kita. Jadi, kahwin kami cuma wang hantaran sahaja lah. Dan kenduri kesyukuran dan kemudian honeymoon.

Saya perhatikan, dalam adat kita orang Melayu, antara barangan yang selalu dijadikan hantaran ialah naskah Al-Quran, sejadah, telekung, barang make up, buah-buahan, kain baju dan seumpamanya. Padahal, pengantin perempuan tu bukan tidak ada naskah al-quran di rumahnya, dia dah ada dah pun. Sejadah pun dah ada. Barang make up, kain baju semua dah ada dah. Jadi, berapa kerat di kalangan kita yang bagi hantaran yang boleh digunakan sebetul-betulnya lepas kahwin?

Orang perempuan kena tahu ni ya. Lepas kahwin, kita duduk asing-asing dah (selalunya lah). Tak duduk dengan family. Jadi, banyak belanja nak kena urus dan tenaga juga banyak perlu digunakan untuk urus rumah tangga. Kalau ada orang gaji, tak apalah.

Especially isteri yang bekerja. Balik kerja nak masak lagi, nak jemur kain lagi. Kalau dapat husband yang ringan tulang, tak apa. Tapi berapa kerat husband yang betul-betul rajin membantu ni? Tak ramai..beruntunglah sesiapa yang dapat husband yang suka buat kerja rumah ni. Husband saya lah tu :p Suruh masak, dia masak. Suruh jemur kain, dia jemur. Cuma kena suruh la. Kalau tak suruh, dia tak tahu kena buat/tolong.

Anyway, saya nak share antara hantaran perkahwinan yang paling berguna bagi pengantin perempuan. Berguna lepas kahwin, nescaya isteri anda akan suka. 

1) Dishwasher

Mesin basuh pinggan atau dishwasher ni belum cukup popular di Malaysia, walhal, kita basuh pinggan 3,4 kali sehari. Berapa jam sehari dibazirkan dengan kerja-kerja basuh pinggan? Dan berapa banyak tenaga habis dengan basuh pinggan? 1 mesin basuh pinggan berharga yang paling murah boleh dapat dengan harga RM1999 jenama Beko. Beko ni jenama bagus juga, sangat popular di Eropah cuma baru masuk pasaran Malaysia. Saya pernah guna jenama Beko semasa tinggal di Turki. Dan sekarang saya guna yang jenama Elextrolux (sebab masa nak beli di sini, yang jenama Elextrolux on sale). Tapi benda ni besar, 82 cm x 82 cm x 65 cm lebih kurang. Tak kan lah nak letak atas par benda besar gedabak begitu kan? Jadi letaklah resit/warranty card dlm frame untuk diletak atas par hantaran.

2) Mesin basuh baju

Seperti mana basuh pinggan, baju pun macam tu lah juga. Hehe beli je yang murah atau mahal tak penting. Yang penting, boleh guna untuk basuh baju. Pastu, atas par hantaran tu letaklah warranty card.

3) MIcrowave 

Ni pun barang penting yang hampir wajib ada di rumah sekarang. Harga sekitar RM 150++ bergantung pada jenama. Kenapa penting? Sebab senang nanti nak panaskan makanan, buat air cepat-cepat, dan apa-apa je lah. Kat rumah, saya guna microwave lebih dari 10 kali sehari. Buat susu anak pun saya masuk dlm microwave. Panaskan air kosong dlm botol susu 30 saat, terus dapat suhu yang ngam-ngam untuk susu baby. Nak celur brokoli, celur terung, petai, dan apa-apa jenis sayur yang nak dicelur, semua saya celur dalam microwave je. Potong kecil-kecil, buh air sikit, masuk microwave 4 minit. Terus boleh makan. Jimat masa dan tenaga berbanding guna dapur.

4) Ini yang paling penting. Takaful.

Saya bukan agen takaful. Tapi sejurus lepas kahwin, husband langgan takaful untuk saya. Lepas hampir 2 tahun, tup tup kena operate. Nasib baik ada takaful.. kalau tak melayang RM20,000 kos pembedahan. Saya nasihatkan, sesiapa yang belum ada takaful, langganlah cepat-cepat.

5) Make sure bagi barang make-up atau set barangan penjagaan diri yang dia akan guna

Cukup lah tu. Banyak-banyak nanti kesian kat bakal pengantin pula. Harap perkongsian ni membantu. 



Older post Newer post