Same day shipping for order before 2 pm. Shop Now!
Cart 0

Jenis-jenis kain batik sarong

Ramai di kalangan kita yang muda mudi ni tak tahu beza kain sarong kan? Bila pergi kedai, nak beli kain sarong.. rupa-rupanya ada banyak sangat jenis kain sarong ni.

Terus pening tak tahu mana satu nak pilih.

Itu lah yang jadi pada saya beberapa tahun lepas masa mula-mula nak berniaga kain sarong.

Okay, saya kongsikan sedikit sebanyak yang saya tahu ya.

1) Made in, Made as

Ada beberapa kain sarong yang tulis "made in.." atau "made as". Bezanya, Made in tu buatan asli dari sesuatu tempat. Contohnya, "buatan indonesia". Manakala "made as" pula, dibuat di tempat lain seperti yang asal. Nak kata cetak rompak..macam kasar pula bunyinya. Nak kata tiruan..hehe lebih kurang begitulah.

2) Kain batik jawa

Yang popular di kalangan pengguna tegar kain sarong ialah Kain Batik Jawa. Batik Jawa pula ada banyak jenis. Yang popuplar ialah Batik Jawa Tiga Serangkai. Ia popular sebab design tak ketinggalan, evergreen gitu design dia. Dan material kain pula 100% cotton lembut. Bila pakai pun selesa, sebab kain tak keras menggerbang. Dan, kain Batik Jawa Tiga Serangkai tu pun ada yang asli dan tiruan juga. Jadi, hati-hati lah bila membeli. Jangan terbeli yang tiruan pastu pakai tak puas hati. 

Batik Jawa Tiga Serangkai tu ada yang buatan Indonesia - authentic. Ada yang buatan Thailand, malah ada yang buatan Malaysia. Yang saya jual di website ni ialah buatan Indonesia sahaja.

Selain Batik Jawa Tiga Serangkai,Batik Jawa Tukey juga sangat popular. Harganya lebih mahal, sebab ia kerja seni. Lakaran design di kain Batik Jawa Tukey tu lukisan tangan, dan dakwat yang digunakan juga dakwat/pewarna yang berkualiti tinggi. Kalau anda biasa pakai Jawa Tukey, mungkin tak nak pakai yang jenis lain dah.

3) Kain sarong Terengganu

Kain sarong Terengganu juga kain yang popular. Ada banyak pengeluar kain sarong di Terengganu ni. Antaranya, Sri Terengganu, Nor Arfa dan sebagainya. Disebabkan ia buatan tempatan, harganya juga lebih murah. Murah, tapi kualiti bagus tau. Export quality juga. Cuma, seperti mana barang-barang lain di dunia ni, ada beza-beza harga dan tahap lembut dia.

Sekarang, yang selalu saya pakai ialah Kain Sarong Terengganu yang jenis ini. Tak keras, tak licin, sedap-sedap dipakai. Saiznya kena dengan badan saya. Dan yang penting, ia dah siap dijahit. Jadi, tak perlu hantar tailor. Beli je boleh terus pakai.

4) Kegunaan untuk apa?

Nak pakai untuk match dengan baju kurung atau kebaya atau pakai berpantang, batik kebaya?

Sebelum beli, kita kena faham kegunaan kita juga. Contohnya, kebanyakan pelanggan saya beli kain batik sarong ni untuk dipakai semasa berpantang lepas bersalin, atau selepas pembedahan. Sebab, senang nak bergerak dan kainnya pula lembut (kain cotton yang bagus memang lembut dan sedap dipakai). Jika bajet bukan halangan, Kain Batik Jawa Tiga Serangkai atau Batik Jawa Tukey yang paling selesa pakai masa berpantang.

Jika nak pakai untuk match dengan baju kurung atau kebaya, anda pilih sahajalah mana yang berkenan :D 

kain sarong untuk baju kurung (1).jpg



Older post Newer post