Closed for holiday. Next shipping on SEPTEMBER 8, 2018 Shop Now!
Cart 0

Kain Batik Cotton

Hampir semua kain batik yang dijual di semuacomel.com ialah kain batik cotton. Ya, kain 100% cotton, meresap air/peluh. Kecuali satu sahaja yang campuran polyester iaitu Kain Batik Sinar Mas. Yang tu kain batik jenis cotton licin, bukan cotton yang biasa. 

Kain batik Terengganu, Kain batik Ratna Dewi Super Gold, Kain Batik Jawa Tiga Serangkai, Kain batik jaw tukey, kain batik kelantan tu semua kain batik cotton. Maklumat material kain juga dinyatakan dengan jelas dalam ruang deskripsi produk. Harap sudilah baca di deskripsi sebelum belian dibuat. 

Jujur saya nak nyatakan di sini, semua kain batik, telekung, kain pelikat dan sebagainya yang dijual di laman web kami ini adalah personally selected design and color. Kita pilih, pegang dan tengok dulu sebelum upload for sale kat online store ini. Kalau barang tu dirasakan tak ada kualiti, awal-awal lagi kita tak jual di sini.

Kerana itulah, kami tidak jual Telekung Siti Khadijah tiruan/inspirasi/vietnam/murah dsb tu. Kami juga tidak jual Kain  Batik Jawa Tiga Serangkai made as Malaysia atau made in Malaysia, kerana kami tahu Batik Jawa Tiga Serangkai yang paling berkualiti hanyalah yang Made in Indonesia dan yang berkualiti agak bagus ialah yang Made as Indonesia (coming soon bila stok sampai).

Jadi, overall, apa yang ada kat online store semuacomel.com ni ialah barang yang mana, material dia dah kami cuba/pegang sendiri. 



Older post Newer post