We ship daily except weekend. Same day shipping for order before 12 pm. Shop Now!
Cart 0

Apa yang perlu anda tahu tentang kain batik yang kita bangga-banggakan sangat ni?

Kain batik tidak asing lagi di kalangan kita warga Malaysia. Bukan sahaja orang Melayu pakai kain batik atau kain sarong, malah, hampir separuh pelanggan kami yang beli kain batik Terengganu dan kain batik lain ialah dari etnik cina dan india. 

Ini kerana kain batik sarong, atau kain batik Terengganu sudah sebati dengan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Sejarah asal-usul kain batik di Malaysia tak mudah dijejaki. Tak ada banyak rekod pasal kain batik ni. 

Tetapi, diketahui bahawa ia ada kaitan dengan Kerajaan Melayu di Jambi dan Jawa sejak kurun ke-13. Lama betul ni, iaitu sekitar permulaan zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah di Turki. 

kain batik online.jpg

Dulu-dulu, sekitar abad ke-17, ada dinyatakan dalam Malay Annals, Laksamana Hang Nadim diperintahkan oleh Sultan Mahmud untuk belayar ke India untuk dapatkan 140 kain serasah (kain batik) dengan setiap satu dihias 40 jenis bunga. Memandangkan Laksamana Hang Nadim gagal jumpa seperti yang diminta, dia reka dan buat sendiri kain batik seperti yang dikehendaki Sultan Mahmud. 

Malangnya, dalam perjalanan balik, kapalnya karam dan dia hanya mampu bawa balik 4 helai kain batik yang dibuatnya, dan mendapat perkenan Sultan Mahmud. Boleh baca lanjut di sini, di sini, dan di sini.

Pengkomersilan dan evolusi kain batik

Kain batik hanya mula dikomersilkan sekitar tahun 1960-an. Masa inilah pattern/motif yang dihasilkan menampakkan ciri-ciri Malaysia atau Tanah Melayu, berbeza dengan motif-motif kain batik Jawa. Batik yang sebelumnya tak banyak beza sangat. Sekarang lagilah banyak beza. 

Kini, pakaian batik dijadikan pakaian rasmi pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan. Di Sabah dan Semenanjung Malaysia, guru-guru digalakkan pakai pakaian batik pada setiap khamis. Design motif batik pun comel sangat-sangat. Sesetengahnya tu print design nampak real. Contohnya yang di bawah ni 

kain batik terengganu terkini

Design yang di tunjukkan ni dah sold out ye. Rasanya dah tak keluar kot design cantik macam kat atas ni. Kalau keluar, saya terus update di www.semuacomel.com terus. Laju betul orang borong pattern ni. 

Selain kain batik sarong yang biasa kita pakai ni, Malaysia Airlines dari dulu lagi dah guna untuk pakaian rasmi mereka. Cantik kan?  

batik malaysia airlines.jpg

Pakaian seragam pejabat, pakaian seragam pelajar asrama pun kebanyakan kain batik juga. 

Ada juga pengeluar di Indonesia yang buat baju dengan kain batik ni. Contohnya di bawah ni. Cantik kan?  

batik moden.jpg

Selain itu, Habra Malaysia pun ada keluarkan Baju Kebaya Batik. Cantik betul baju kebaya batik ni. Kalau tak silap saya, ini trend baju raya 2018. Ia dijual sekitar RM 188 hingga RM 199 sepasang. Mahal ke murah?

Bagi saya, tidak mahal sebab design dan rekaan ni semua kerja seni. 

  batik kebaya.jpg

Kalau rasa nak pakai baju kebaya batik sendiri, beli je kain batik Terengganu (sekitar RM 19 - RM 29) bagi setiap 2 meter. Untuk sepasang baju, perlukan 4 meter. Jadi modal beli kain je dah RM 58.

Jangan sebab nak jimat, beli kain batik sarong yang jenis keras atau kain polyester pula. Beli kain yang materialnya cotton 100% dan jeni smeresap peluh. Kemudian, hantar kain batik Terengganu kepada tukang jahit untuk design dan jahit seperti yang anda nak. 

Bolehlah upah dia jahit kebaya batik ke, baju kurung batik sarong ke, baju kurung kedah ke, baju melayu batik ke.. asalkan anda puas hati. 

Selain dijadikan pakaian, kain batik juga dijadikan beg galas, bekas pensil, dan macam-macam lagi. Tak caya, boleh cari dalam Ebay, anda akan dapati banyak DIY items atau barangan craft dibuat dari kain batik. Malah, ada juga yang jahit jadikan blous dan kemeja. Macam-macam benda boleh dibuat dengan kain batik ni. 

Tapi, dalam banyak-banyak kegunaan kain batik ni. Yang paling popular ialah dipakai semasa dalam tempoh berpantang lepas bersalin. Kenapa? Kerana lepas bersalin kita ada luka yang agak besar. Tak kisahlah bersalin secara biasa ataupun c-zer, semua tu akan buat pergerakan kita terbatas sebab ada luka. 

Bila pakai kain batik sarung, bahagian luka pada vagina tu tak kena kain. Lagipun, jika kita pakai kain batik sarong ni, langkah kaki kita tu tak luas. Nak lari-lari pun tak boleh. Automatik jadi sopan dan langkah perlahan-lahan. Entah kenapa tak tahu lah kan. Sama macam budak-budak lelaki baru lepas bersunat lah, kan dorang pakai kain pelikat kanak-kanak nak elak dari terkena luka? Orang perempuan pun macam tu lah. 

Masa saya lepas bersalin dulu, saya sediakan 10 helai kain batik terengganu untuk dipakai sepanjang tempoh berpantang. Selain dipakai sendiri, saya juga guna kain batik terengganu tu untuk bedung baby :) Hehe 

Dan, tahukah anda, kain batik lepas (kain batik yang tiada unsur haiwan dalam pattern) seringkali digunakan sebagai penutup jenazah? Tahu lah tu kan sebab selalu tengok depan mata sendiri semasa pergi menziarah orang meninggal dunia, atau tengok dalam drama tempatan/indonesia. 

Pendek kata, kita guna kain batik ni dari lahir sampai ke akhir hayat.

Ada berapa jenis batik sebenarnya di Malaysia ni?

Batik blok, batik conteng, batik skrin, adalah tiga jenis batik di Malaysia. Untuk batik blok, corak batik diterap pada kain putih menggunakan blok corak. 

Selain dipanggil batik blok, ia juga dikenali sebagai batik terap, batik cap atau batik pukul. Ini semua menggambarkan cara bagaimana kain batik ini dibuat. Blok ini diperbuat dari samada kayu atau logam. 

Corak diterap berulang kali mengikut susunan yang dikehendaki, diterap sampai siap. Selalunya kain batik sarong dibuat guna teknik ni. Dan yang bestnya, ia dibuat dari kain cotton yang selesa dipakai dan senang dijaga. 

Batik canting pula macam ni. Ia perlukan alat canting untuk lakar corak atas kain putih. Selepas siap lakar corak yang diingini, dorang pun mula mewarna. Kain batik canting ni selalunya dijadikan hantaran kahwin atau hantaran bertunang. Batik canting ni juga selalunya dikenali sebagai batik crepe, batik sutera, batik jacquard dan sebagainya.

Dari segi pengeluar kain batik pula.. saya tak pasti berapa ramai pengeluar dan berapa jenis/model kain batik yang ada di pasaran di Malaysia ni. Sebab ada banyak sangat. Yang biasa kita dengar ialah, Kain Batik Terengganu Asli, Kain Batik Kuala Terengganu, Kain Batik Kelantan, Kain Batik Noor Arfa, Kain Batik Analisa, Kain Batik Ayam Serama, Kain Batik Sri Terengganu, dan sebagainya lagi. Lain pengeluar, lainlah kualiti dan material yang digunakan. 

Cuma, dalam banyak-banyak kain batik sarung yang dijual di laman web kami, kain batik terengganu asli yang best seller no.1. Diikuti pula dengan Kain Batik Tiga Serangkai Original Made in Indonesia (yang ni corak batik jawa) tapi best seller juga sebab kain sangat best. Nombor tiga best seller ialah Kain Batik Terengganu Analisa. 

Yang ini, design yang dihasilkan sangat cantik, moden dan warna-warnanya juga menarik sangat. Boleh dipadankan dengan baju kebaya batik, baju kurung kedah, baju kurung biasa atau pakai je masa berpantang. 

Kalau kain pelikat dah ada orang buat pelikat pants kan? Kain batik sarong perempuan ni belum ada orang buat secara besar-besaran lagi. Yang ada sekarang pun, kecil-kecilan sahaja sebab baru diperkanalkan. Agak-agak, kalau saya buat dan jual nanti laku tak? hehe

Cara pakai kain batik sarong

Ada banyak sangat cara nak pakai kain batik sarong ni. Boleh tonton tutorial di bawah. Yang dia tak tunjuk dalam video bawah ni, ialah pakai cara berkemban. Huhu Semua teknik yang beliau tunjuk dalam video ni adalah teknik baru. Saya pun baru je belajar dari beliau. Tak sangka, banyak cara pakai kain batik sarong.

  

Ada pelanggan saya pernah tanya, betul ke teknik pakai kain sarung/batik ni ada caranya? Iaitu, kepala kain di bahagian tertentu melambangkan janda, anak dara, isteri orang. Bagi saya, itu dulu-dulu mungkin betul lah. Sekarang, dah tak perlu ikut lagi dah sebab semua orang tidak amalkan dah. Orang tak kisah pun, asalkan kita rasa selesa cukuplah.

Penjagaan kain batik

Untuk kain batik Terengganu, batik Kelantan, batik jawa, batik jawa tukey dan seumpamanya, penjagaannya sangat mudah. Basuh je dalam mesin basuh dengan suhu air biasa, jemur macam biasa, pakai macam biasa. 

Manakala kain batik conteng (yang mahal-mahal tu), kena basuh tangan, kena steam iron dan sebagainya. Tak boleh perah-perah lepas basuh. Kena jaga rapi sikit, sebab kalau cuai sikit nanti rosak kainnya. 

Bila jemur pula, tak boleh kena cahaya matahari terus. Mak saya selalunya akan basuh baju batik dengan tangan masa mandi je. Basuh guna sabun mandi je. Lepas tu sangkut dan kemudiannya jemur dalam rumah.

Kain batik palsu

Jangan ingat kain batik tak ada yang palsu ye. Ada. Banyak. Contohnya, kain batik jenama Tiga Serangkai. Ada yang tiruan, Made in Malaysia, dipanggil Tiga Setangkai. Ye, Setangkai. Bukan Serangkai. 

Bezanya, pertama sekali sudah tentulah harga. Yang jenama Tiga Setangkai tu murah sangat. Iaitu sekitar RM 7 hingga RM 8 sehelai. Manakala yang original Tiga Serangkai Made in Indonesia pula berharga sekitar RM 24++ ke atas. Kain batik sarong yang tiruan dari China pun ada. Dia tiru kain batik Terengganu. 

Harga jual pula murah-murah sangat, harga tak masuk akal. So, kalau mereka yang tak tahu memang akan mudah tertipu tambah pula dengan harga yang cukup murah. Kain Batik Terengganu tu kain cotton 100%, meresap air, meresap peluh, selesa dipakai dan senang dipakai. Manakala yang made in China tu kain polyester tak meresap air. 

Bila berjalan pula, bunyi selisih kain. Macam bunyi payung tu. Sangat tak selesa. Jadi, supaya tak tertipu dengan kain batik Terengganu ni, belilah yang cotton 100%. Selain itu, dikaki kain pula ditulis atau dicop Kain Batik Asli Terengganu, atau Kain Batik Kuala Terengganu. 

Yang tiruan kalau tak silap saya, tak ada. Ia juga dinyatakan no. design. Contohnya, Kain Batik Asli Terengganu, no.12345.

Motif batik

Hiasan bunga pada kain batik sarong dipanggil motif. Ada banyak motif pada kain batik sarong ni. Tak kiralah kain batik Terengganu, mahupun kain batik Indonesia. Sesetengah yang kain batik indonesia ni, motif dia berbeza ikut daerah atau negeri. 

Di Malaysia, saya rasa kita pun ada motif ikut negeri juga. Kain Batik Sarawak contohnya, sangat berbeza dengan kain batik di semenanjung Malaysia. Yang paling famous dan tak lapuk ditelan zaman ialah motif pucuk rebung. Yang ini sentiasa ada permintaan di kalangan pelanggan kami. Selain itu ada motif organik, dan motif geometrik. 

Contoh Motif Organik. 1.Motif Ayam 2.Motif Bunga Buluh 3.Motif Bunga Kerak Nasi 4.Motif Bunga Kotak Bercampur 5.Motif Bunga Orkid 6.Motif Bunga Raya 7.Motif Daun Sireh 8.Motif Geometrik 9.Motif Pucuk Rebung 10.Motif Rama-rama 11.

Motif Siput Contoh Motif Geometrik. 1.Motif Pucuk Rebung 2.Motif Bunga Kotak Bercampur

Piala Seri Endon

Jika artis dan ahli sukan ada award, bagi mereka yang terlibat dengan batik pun ada award juga. Piala Seri Endon ni piala paling berprestij dalam bidang ni, dikelolakan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia yang dipengerusikan oleh Nori Abdullah (anak perempuan Pak Lah - bekas PM kita dulu). 

Untuk tahun 2018 ni, piala ini dipertandingkan untuk kali ke-15 dah. Lama dah award ni ada. Dengan adanya award ini, maka banyaklah design-design batik yang baru dan kreatif muncul di pasaran.



Older post Newer post