Same day shipping for order before 2 pm. Shop Now!
Cart 0

Kain Batik Tiga Serangkai Original Made in Indonesia

Bagi sesiapa yang biasa pakai Kain Batik Tiga Serangkai, mesti mereka tahu bahawa inilah kain batik jawa yang paling best dan paling selesa dipakai. Tidak kiralah pakai masa berpantang, masa mengurut dan sebagainya.

Kerana, kain batik jawa tiga serangkai ni saiznya besar sedikit berbanding dengan kain batik terengganu. Jadi, pakai masa berkemban, mengurut memang best. 

Lagipun, kain batik tiga serangkai ini dibuat dari material kain cotton yang lembut tapi tidak licin. Lebih lembut berbanding kain batik halus terengganu. 

Cumanya... design kain batik jawa tiga serangkai jawa--jawa gitu. Maksud saya, jika anda lihat kainnya, anda tahu, "oh ini kain batik jawa tiga serangkai made in Indonesia". Macam kita tengok handbag Coach lah, kita tengok pun dah tahu, itu handbag coach, berdasarkan pattern dan design nya. Dalam kata lain, ia ada signature pattern.

Jadi, bila anda pergi ke kedai nak beli kain batik jawa tiga serangkai, anda kena tahu beberapa perkara di bawah.

kain batik jawa tiga serangkai.jpg

Jangan beli kain batik jawa tiruan - seperti mana Telekung Siti Khadijah, barang jenama Coach dan lain-lain ada yang tiruan, kain batik jawa pun ada yang tiruan. Macam mana nak cam? Senang je.. selalunya dinyatakan sebagai made as (maksudnya dibuat seperti). Jadi, kena beli yang ditulis "MADE IN INDONESIA" (maksudnya dibuat di indonesia).

Batik Jawa 3 Setangkai. 3 SETANGKAI. Ada ramai penjual di shopee yang jual Batik Jawa 3 Setangkai. Pembeli yang tidak begitu arif mungkin tidak berapa perasan, lalu terbeli yang 3 setangkai. Padahal yang dimahukan sebenarnya ialah Tiga Serangkai.

Batik Jawa Tiga Serangkai ada yang Made in Thailand juga. Dan Made in Malaysia. Yang Made in Thailand tu agak okaylah sebab kain yang digunakan ialah kain cotton yang agak lembut dan selesa dipakai. Ia juga dijual lebih murah berbanding yang original Made in Indonesia. 

Pattern Tiga Serangkai yang Made in Thailand juga agak menarik, cantik ala-ala Batik Halus Sri Terengganu. Kalau bajet anda kecil, bolehlah beli yang Tiga Serangkai Made in Thailand (tidak ditulis made in Thailand pada kain tersebut). Nanti saya tulis dalam post lain pasal Batik Jawa Tiga Serangkai Made in Thailand (atau Super Asli). 

Yang batik jawa tiga serangkai made in Malaysia yang paling kurang permintaan. Kerana kainnya agak keras dan licin. Harganya juga sangat murah. Tapi saya tak jual di online store ini sebab tak nak bagi harapan palsu. Karang kalau jual, ada yang beli pastu tak puas hati..nanti nama kedai saya juga yang diburuk-burukkan. :p 



Older post