We ship daily except weekend. Same day shipping for order before 12 pm. Shop Now!
Cart 0

Telekung Siti Khadijah Murah Murahnya

Ada beberapa orang hubungi saya, bertanyakan samada jual atau tidak Telekung Siti Khadijah murah. Untuk makluman semua, tiada Telekung Siti Khadijah yang murah - atau lebih murah berbanding apa yang dijual oleh pihak Siti Khadijah sendiri.

Jika ada yang lebih murah daripada apa yang lihat di kedai telekung Siti Khadijah, itu ialah telekung tiruan. Namun, penjual telekung tiruan ini bijak.

Mereka tak namakan "Telekung Siti Khadijah tiruan", tapi mereka bagi nama "Telekung Siti Khadijah" juga, tapi pada bahagian descripsi, dinyatakan "inspired by Siti Khadijah". Atau, "Telekung Siti Khadijah Vietnam".

Telekung Siti Khadijah Vietnam tu pula, ditiru sebijik seperti telekung siti khadijah termasuklah tag dan kotak, paper bag dan sebagainya. Sekali tengok, nampak sama. Tapi tak sama. Material yang digunakan adalah berlainan. 

Pendek kata, you get what you paid for. Kalau nak pakai Telekung Siti Khadijah ni, pakailah yang orignal dari Siti Khadijah. Boleh beli di laman web mereka iaitu SitiKhadijah.com.my

Saya tak jual Telekung Siti Khadijah, sebab saya bukan agen. Apa yang saya jual ini, ialah Telekung Vietnam yang design bunga sulam timbul tu. Ini bukan telekung tiruan, sebab generic item dan tiada siapa-siapa register trademark untuk telekung vietnam ini. 



Older post Newer post