We ship daily except weekend. Same day shipping for order before 12 pm. Shop Now!
Cart 0

Tip beli telekung travel online

Anda rasa telekung yang ada sekarang agak berat untuk di bawa semasa melancong? 

Seperti mana anda, saya pun kadang-kadang rasa begitu terutama sekali bila kita nak travel secara light. Especially bila travel tapi tak nak check in luggage.

Kat sini lah perlunya telekung travel.

Tapi perlukah beli telekung travel yang sebenarnya?

Tak perlu pun. Cukup bawa sahaja telekung yang paling anda selesa. Cuba cek dulu almari pakaian di rumah. Jika ada, bawa telekung tu.

Ya, telekung sahaja. Tak perlu kain sarong telekung tu. Jimat ruang dalam luggage dan jimat berat luggage juga.

Eh, takkan nak bawa telekung je? Kain sarong nak pakai apa pula?

Tak perlu pakai kain sarong pun. Pakai je seluar yang anda pakai tu. Dan stokin. Jadi pastikan bawa stokin yang panjang sikit lah, yang paras betis tu. Seluar tu pula jangan seluar yang ketat. Asalkan bersih, boleh je pakai.

Dan sebolehnya, bawa telekung yang tak perlu pakai anak telekung lagi. Contohnya, Telekung Siti Khadijah atau Telekung Vietnam. Bahagian muka dan muat-muat muka kita kan, so lagi jimat tak perlu bawa innner telekung dah.

Tapi, jika tak ada. Memang kena beli lah kan. So kat bawah ni saya kongsikan tip beli telekung travel secara online atau offline.

1) Kain yang tidak berat
Material kain yang paling penting di sini. Sebab, kita nak travel secara light. Maksudnya, travel barang sikit dan ringan. Jadi, kena pilih material kain yang ringan, tidak berat dan kalau boleh, tidak mudah berkedut. Nanti tak syok pula solat dengan telekung berkedut seribu kan?

Antara material kain yang tak mudah berkedut ialah Telekung Arafah atau Telekung Lycra. Sebab kainnya jenis jersi gitu. Memang tak kedut. Cuma, kainnya agak berat sikit berbanding Telekung Vietnam.

2) Nak pakai pada musim apa?
Dalam pos sebelum ini, saya ada ceritakan tentang pengalaman saya pakai Telekung Vietnam semasa ke Amerika Syarikat pada musim sejuk. Memang tak sesuai. Sebabnya, material bagi Telekung Vietnam ialah sejuk sesuai untuk cuaca panas macam di Malaysia. Sudahnya, saya rasa lebih sejuk sampai tak khusyuk. Jadi, Telekung Vietnam sesuai untuk selain musim sejuk. Jika musim sejuk, bawa telekung yang jenis cotton gitu.

3) Perlu bawa kain tak?
Itu terpulang pada individu. Jika saya, saya tak bawa kain sebab akan pakai seluar yg bersih dan stokin panjang.

4) Kain polyester okay ke?
Kain polyester okay, sebab ia nipis dan ringan. Tapi ada kontra dia, iaitu telekung memang keronyok habis dan disebabkan fizikalnya yang nipis dan ringan, anda kena pegang sikit semasa rukuk dan sujud supaya tak menggerbang.

Itulah dulu sedikit sebanyak bab telekung travel ni. 


Older post Newer post