Closed for holiday. Next shipping on SEPTEMBER 8, 2018 Shop Now!
Cart 0

6 tip pilih telekung supaya anda tak salah pilih

Anda pening tak tahu nak beli telekung macam mana?

Memang masalah ini bukan anda seorang yang alami. Ramai. Malah, saya dulu pun begini juga. Terlalu banyak pilihan di pasaran. Begitu juga jenama. Ada Telekung Siti Khadijah, ada Telekung Arafah, Telekung Vietnam dan bermacam-macam lagi.

Jadi tak hairan lah jika ramai yang salah beli telekung. Terutama sekali yang beli telekung secara online.

Kat sini saya kongsikan antara tip yang perlu anda tahu sebelum beli telekung online.

1. Jenama telekung tak penting pun.

Di internet ni, ada beratus jenama telekung. Dari yang mahal, kepada yang murah. Malah, sehelai telekung boleh jadi harga beratus-ratus ringgit. Tapi berbaloi kah dengan harga yang ada bayar, dibandingkan dengan tahap selesa anda semasa solat? Jadi, jangan beli sebab jenama.

2. Pilih kain yang sesuai dengan cuaca di mana anda nak guna.

Jika anda nak guna untuk solat di Malaysia, kita kena faham cuaca kita dulu. Malaysia ni panas. Kalau kain cotton tebal yang berat, memang tak sesuai. Melainkan anda solat dalam bilik berhawa dingin. Antara material kain yang sesuai untuk anda guna di Malaysia ialah kain cotton silk, cotton jepun, cotton paris, vietnam silk dan viscose. Semua ni tak buat anda rasa bahang semasa solat. Jika nak pakai di negara yang sejuk, pada musim sejuk.. jangan beli telekung yang kain nipis atau kain licin. Menggigil anda solat nanti haaa. Saya pernah pakai Telekung Vietnam semasa musim sejuk di Amerika Syarikat. Rasa macam nak terkucil je sebab kain untuk telekung vietnam tu buat kita rasa lebih sejuk. Telekung Vietnam ni lebih sesuai dipakai di Malaysia atau negara Asia yang panas, atau semasa melancong musim panas.

3. Nak telekung ada kerawang atau tidak?

telekung vietnam silk 6.jpg

Ini tepuk dada tanya selera. Jika ada bajet lebih, boleh beli telekung yang ada kerawang. Jika tidak, beli yang bunga sikit pun tak apa. Sebabnya, kerawang ni nampak cantik. Cantik tu kos. Jadi selalunya telekung yang ada kerawang banyak ni harganya lebih mahal. Lagi-lagi telekung yang jenis sulam tangan. Selalunya, telekung kerawang begini digunakan untuk hadiah atau hantaran bertunang dan hantaran kahwin.

4. Bahagian kepada ikut saiz muka atau free size

Untuk bahagian muka, telekung kita beli selalunya adjustable dengan 2 tali. Kita guna tali tu untuk ikat belakang kepala. Ada sesetengah telekung yang ada ukuran saiz muka. 22 cm lah, 25 cm lah. Selalunya, ada beza harga antara yang boleh pilih size dengan yang free size.

5. Bahagian kepala telekung ada berapa lapis? Tebal atau tidak?

Pastikan anda pilih telekung yang mana bahagian kepala tu cukup tebal supaya bayang rambut anda tak nampak. Kadang tu, kalau nipis nanti rambut bercerucuk keluar kot telekung. Bila kita guna telekung yang ada 2 lapis kain di bahagian kepala, kita tak perlu lagi guna anak telekung. Jimat masa dan wang :)


6. Bahagian kain sarong telekung. Bertali atau bergetah?

Kenapa Telekung Vietnam laku keras dan kekal best seller untuk tempoh yang lama? Kerana, ia cukup selesa dipakai di Malaysia. Selain tu, ia juga cepat dipakai. Ia ada ciri-ciri yang buat pengguna pakai dgn mudah dan cepat. Kain sarong telekung vietnam bertali dan bergetah. Cepat pakai, dan tak melondeh semasa solat.


Newer post