Same day shipping for order before 2 pm. Shop Now!
Cart 0

Kain Batik Terengganu pattern moden

RM 17.50

Kain Batik Terengganu Asli cotton meresap air

Buatan Asli Terengganu (ada cop asli pada kain)

Corak boleh pilih

Untuk borong minimum 5 helai kain sarong asli Terengganu, boleh beli di sini.


Kegunaan kain sarong atau kain batik

Kain sarong atau kain batik, sering dipakai oleh wanita selepas bersalin supaya mudah bergerak dan dapat menjaga luka bersalin dengan lebih baik.

Namun, ia tidak terhad untuk dipakai semasa berpantang sahaja. 

Kini, kain sarong lebih banyak digayakan bersama baju kebaya, baju kurung dan juga kurung kedah. 

Corak-corak kain batik sarong juga dipelbagaikan sesuai dengan peredaran zaman. Ada corak moden, tetapi corak tradisional juga masih terdapat dalam pasaran disebabkan permintaannya yang tidak berkurang.

Kain sarong juga dikenali sebagai pareo, dipakai oleh orang barat semasa berkelah atau berjemur semasa musim panas. 

Material kain yang digunakan pada kain sarong Terengganu

Kain sarong Terengganu terkenal dengan material cotton yang meresap air, dan mudah dipakai oleh sesiapa sahaja. Kainnya jenis cotton yang lembut. Lebih kerap anda pakai, lebih selesa kainnya.

Saiz

Panjang keseluruhan kain ini ialah 2 meter. Selepas dijahit, saiznya ialah sekitar 118 x 180 cm. Ini ialah free international saiz. Walaupun kain sarong ini juga dieksport keluar negara, saiz yang dihantar juga sama. Jadi, tiada masalah jika anda berbadan kecil atau besar, kerana kain sarong ini boleh disesuaikan mengikut saiz pinggang anda. Jika anda mahu saiz yang lebih besar (khas untuk mereka yang tinggi dan berbadan besar sikit), boleh dapatkan Kain Batik Jawa Tiga Serangkai (Made in Indonesia) atau Batik Jawa Tukey.

Nota

Sila maklum bahawa, semua kain sarong didatangkan terus dari kilang. Memandangkan kebanyakan pembeli kain sarong sekarang menggayakan bersama baju kurung/kebaya, jadi, pihak pengeluar tidak menjahit terus pada bahagian tepi kain sarong. 

Beza kain sarong harga mahal dan murah?

Ramai pelanggan saya bertanyakan beza antara kain sarong harga mahal dan murah. Contohnya, kenapa harga Kain Sarong Jawa Tukey ini lebih mahal berbanding Kain Sarong Asli Terengganu?

Sebenarnya, beza harga ini disebabkan oleh banyak faktor. Kain Sarong Jawa Tukey dilukis dengan tangan, menggunakan pewarna kain yang lebih berkualiti, dan kain cotton yang lebih lembut, dan ia juga diimport dari Indonesia. 

Manakala Kain Batik Asli Terengganu ialah kain sarong buatan tempatan. Sudah tentulah kain sarong buatan tempatan lebih murah kerana tiada duti import, kos pengangkutan lebih murah dan sebagainya. Suka saya nyatakan di sini, beza harga kain sarong ini disebabkan kos-kos dan material yang digunakan.